Makanan Prebiotik

Ini adalah serbuk al manna (prebiotik) asli dan berkualiti tinggi di import dari Sudan yang sangat baik untuk kesihatan usus, bila usus cantik inshaAllah banyak masalah boleh dibantu.

Doktor cadang jenama AMEER.

Boleh didapati di 70 outlets Farmasi Terpilih

Asli, Original Bukan Tiruan

Tiada Campuran Maltodextrin

Tanpa Gula, Tanpa Perisa, Tanpa Pengawet

Pharmaceutical Grade, Grade Arabic Gum sama seperti yang digunakan dalam Industri Pharmaceutical

LULUS LAB TEST

Bersih, Berkualiti, Tiada Habuk

Teknologi Water-Soluble

Bukan Arabic Gum Timbang Kilo

Bukan Arabic Gum yang digunakan dalam Industri Berat seperti Industri Pembuatan Cat/Textile yang berketul-ketul, bergumpal-gumpal & tak larutMakanan superfood baik untuk tingkatkan kesihatan menyeluruh.

Kisah Penjual Gum Arabic Ameer

Assalam..


Baiklah Tuan Ameer.. Biar saya pula share tentang pengalaman saya dengan Gum Arabic Ameer. Nama saya Zainal dan tinggal di Melaka.
Pada tahun 2017, saya telah berjumpa doktor untuk meminta nasihat tentang penyakit usus. Doktor telah menerangkan tentang bakteria yg baik yg terdapat dalam usus Dia syorkan ambil gum Arabic. Saya pun mencari gum arabic di kedai kedai Muslim tetapi gum arabic yang kebanyakan dijual dikedai tidak serasi. Sebab ada yang berketul ketul dan ada yang susah larut dalam air.
Saya pun berusaha dan tanya Mr Google. Tup tup keluar blog Cik Da. Baca punya baca, saya nak cuba dan terus wassap dia dan terus order. Lepas saya cuba, saya dapati amat sesuai dengan saya sebab ia cepat larut dalam air biasa atau sejuk. Mula mula order 4 bungkus, lepas tu 10 bungkus, Saya pun mula tanya Cik Da macam mana nak jadi ejen. Niat masa tu nak makan untuk diri sendiri je.
Lepas tu terfikir pula kalau dah ada produk kat rumah, cuba cuba lah jual kat FB. Cik Da ada beritahu “Encik cuba buat page di FB”. “ Hah, apa tu “page”?” Saya tak pernah pakai FB pun. Tapi saya cuba juga buat tral and error. Ada le 2, 3 customers yang called untuk beli.. saat saat yang memberi perangsang untuk terus berniaga.


Next step saya cuba jual kak Shopee. Saya mula jual gum Arabic di Shopee dengan postage sendiri (Prabayar)
Dalam bulan April 2018, Tuan Ameer ada tunjukkan macammana nak apply for Shopee supported Logistic. Invest kat printer dan print waybill. Lagi senang. Mula mula sales memang kurang. Saya masih ingat lagi bila Tuan Ameer share cover photo kat Shopee, sales saya ada 4 orders saja
Tapi apabila kita baca balik education hub Shopee, kita lebih faham macammana nak tingkatkan jualan. Iaitu melalui Pengiklanan. Bab ini you all kena study sikitlah ya.. dekat Education Hub Shopee…sebab ianya detail sangat…
Ada 3 cara nak iklankan 1. Shop ads 2. Targeting ads dan 3. Keywords ads. Untuk membuat iklan perlulah ada Shopee Credit sebab iklan ini berbayar ya..


Apabila jumlah jualan dah banyak, Shopee offered “Preferred Seller status” dan lain lain apabila kita melepasi kriteria yang tertentu seperti Response rate yang tinggi , fast shipment dan lain lain. Sila pastikan semua kriteria ini TIP TOP. Bila tip top, pelanggan akan lebih yakin kepada kita dan produk kita.
Alhamdulillah, sekarang jualan saya sekarang ini dah sampai 410 orders.
Jadi, sedkit demi sedikit, business berkembang. Sekarang alhamdulillah, ada 45 produk yang diiklankan di kedai saya di Shopee dan kebanyakkannya berasaskan makanan.

Tapi the “Core” produk adalah Gum Arabic sebab ia memberikan pulangan yang tinggi. He..he..he.. Oleh itu saya pastikan produk Gum Arabic duduk di atas sekali di dalam iklan saya… Terima kasih Tuan Ameer, Cik Da dan lain lain yang memberi sokongan kepada saya untuk membuat business ini…

PANDUAN HIDANGAN GUM ARABIC AL MANNA

Panduan Hidangan Gum Arabic Al-Manna Cara Pertama (Bagi Yang Mempunyai Masalah Kesihatan Kronik)

Cara penyediaan gum arabic al-manna bagi kategori pertama iaitu untuk pengguna yang mempunyai masalah kesihatan yang agak kritikal seperti penyakit kronik sebagaimana panduan berikut:

  1. Membancuh serbuk gum arabic al-manna untuk diminum ketika perut kosong sebanyak 2 kali (2x) sehari. Minuman serbuk al-manna ini sebaiknya diamalkan sebelum mengambil sebarang hidangan berat sekitar 15-30 minit. Cadangan pengambilan serbuk al-manna sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur waktu malam
  2. Bekas minuman yang dapat memuatkan 250ml air kosong perlu disediakan. Bekas minuman ini juga boleh digunakan untuk menyediakan minuman berperisa seperti madu dan jus yang digemari.
  3. Masukkan satu setengah scoop (1 1/2) atau tiga (3) sudu teh serbuk gum arabic al-manna ke dalam bekas minuman 250ml tadi. Serbuk gum arabic boleh dibancuh ke dalam minuman air kosong dan boleh juga dibancuh bersama air berperisa.
  4. Tidak menggunakan air yang panas untuk membancuh serbuk gum arabic al-manna kerana ia akan berketul.
  5. Pesakit buah pinggang perlu mendapatkan nasihat doktor untuk pengambilan sejumlah air yang disarankan. Jika doktor menyarankan pengambilan air dikurangkan dalam jumlah yang sedikit, pesakit buah pinggang boleh membancuh serbuk gum arabic al-manna dengan kuantiti air sekitar 100-150ml.
  6. Serbuk gum arabic al-manna perlu dikacau hingga sebati. Proses larutan serbuk gum arabic al-manna jenama Ameer di dalam air begitu pantas sekitar tujuh (7) saat.
  7. Serbuk gum arabic al-manna jenama Ameer yang telah dibancuh untuk hidangan tidak akan meninggalkan sisa atau mendapan pada bahagian bawah bekas minuman sebagaimana sesetengah produk lain. Ini kerana proses kisaran al-manna jenama Ameer lebih halus dan memudahkan penyediaan pengguna.
  8. Setelah selesai membancuh serbuk gum arabic al-manna jenama Ameer, pengguna boleh terus minum.

NOTA:  Tarikh luput Al Manna bagi Batch 03/2020 ini adalah disahkan pada 03/2023.  Maaf atas kesilapan dan kekeliruan  di packaging ini.

`

Panduan Hidangan Gum Arabic Al-Manna Cara Kedua (Bagi Yang Ingin Mengamalkannya Sebagai Makanan Tambahan)

Cara penyediaan gum arabic al-manna bagi kategori kedua iaitu untuk pengguna yang tidak mempunyai masalah kesihatan yang agak kritikal dan ingin mengamalkannya sebagai suplemen. Cara hidangannya sebagaimana panduan berikut:

  1. Membancuh serbuk gum arabic al-manna untuk diminum ketika perut kosong sebanyak 2 kali (2x) sehari. Minuman serbuk al-manna ini sebaiknya diamalkan sebelum mengambil sebarang hidangan berat sekitar 15-30 minit. Cadangan pengambilan serbuk al-manna sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur waktu malam.
  2. Bekas minuman yang dapat memuatkan 250ml air kosong perlu disediakan. Bekas minuman ini juga boleh digunakan untuk menyediakan minuman berperisa seperti madu dan jus yang digemari.
  3. Masukkan satu scoop (1 ) atau dua (2) sudu teh serbuk gum arabic al-manna ke dalam bekas minuman 250ml tadi. Serbuk gum arabic boleh dibancuh ke dalam minuman air kosong dan boleh juga dibancuh bersama air berperisa.
  4. Tidak menggunakan air yang panas untuk membancuh serbuk gum arabic al-manna kerana ia akan berketul.
  5. Serbuk gum arabic al-manna perlu dikacau hingga sebati. Proses larutan serbuk gum arabic al-manna jenama Ameer di dalam air begitu pantas sekitar tujuh (7) saat.
  6. Serbuk gum arabic al-manna jenama Ameer yang telah dibancuh untuk hidangan tidak akan meninggalkan sisa atau mendapan pada bahagian bawah bekas minuman sebagaimana sesetengah produk lain. Ini kerana proses kisaran al-manna jenama Ameer lebih halus dan memudahkan penyediaan pengguna.
  7. Setelah selesai membancuh serbuk gum arabic al-manna jenama Ameer, pengguna boleh terus minum.

BAGAIMANA MEMILIH GUM ARABIC AL MANNA YANG BERKUALITI?

Nak beli arabic gum asli & berkualiti untuk minum kena pilih yang :

  1. Melalui teknologi terkini iaitu teknologi water-soluble sebab arabic yang berketul-ketul, tak larut adalah arabic gum yang biasanya digunakan dalam industri pembuatan cat, harganya jauh lebih murah.

Dengan teknologi ini juga, arabic gum dapat diproses dengan lebih hygiene dan kilang boleh memantau kehadiran kuman salmonella dan e.coli berbanding jika diproses dengan cara biasa.

  1. 100% asli, tidak dicampur dengan maltodextrin, krimer, gula, perisa, pewarna, cara nak buktikan ianya clean hanya dengan lab test, seller yang enggan bagi lab test kemungkinan besar telah mencampur palsukan arabic gum dengan bahan-bahan terlarang lain.
  2. 100% gred arabic gum terbaik berasal daripada species acacia senegal. diantara species acacia senegal ini, ada lagi beberapa varies yang lain, pilih varies yang paling bernilai tinggi contohnya varies rostata.
  3. Gred arabic gum terbaik berasal daripada pengeluar arabic gum terbesar dunia iaitu Sudan, bukan ethiopia, bukan senegal, bukan somalia, bukan negara arab lain.
  4. 100% bersih, tiada bendasing seperti habuk kayu, bintik hitam yang banyak, pasir dan lain-lain.

Pengguna bebas untuk memilih kerana harga arabic gum di pasaran berbeza mengikut kualiti, gred, teknologi yang digunakan, kebersihan, keselamatan dan % keasliannya.

Jauhi arabic gum timbang kilo.

Serbuk Al Manna Ameer memenuhi kesemua kriteria di atas untuk menjadi serbuk arabic gum asli premium no.1 di Malaysia. Serbuk Al Manna Ameer juga lulus lab test berskala tinggi.

UNTUK PEMBELIAN BOLEH LAYARI ATAU HUBUNGI :

http://www.wasap.my/60123700352

http://www.tghalmart.com

http://www.shopee.my/zainaad

https://www.lazada.com.my/shop/tahaglobal

KONSEP PERUBATAN ISLAM

Konsep Perubatan Islam

Sebenarnya, perubatan cara Islam bukanlah satu bidang perubatan khusus seperti kaedah alopathy, ayurvedic atau homeopathy. Ia lebih merupakan konsep perubatan yang menepati ciri-ciri perundangan Islam.

Sesuatu bidang perubatan boleh dikira berkonsepkan perubatan Islam apabila mempunyai ciri-ciri seperti di bawah:

 

Ciri-Ciri Perubatan Islam

1. Merawat penyakit menggunakan Al-Quran dan Doa (Ruqayyah) 

Perubatan berkonsepkan Islam menjadi lebih nyata dan ketara apabila si perawat menggunakan Al-Quran dan doa-doa yang diwariskan oleh nabi Muhammad (s.a.w) di dalam rawatannya. Sebenarnya penggunaan ayat-ayat Al-Quran di dalam merawat pesakit ada disarankan di dalam Al-Quran seperti maksud ayat ini: “Dan kami turunkan sebahagian dari Al-Quran (ayat-ayat) sebagai penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Isra 18)”

 

2. Mengakui penyakit dan kesembuhan adalah datangnya dari Tuhan maha pencipta.

Penyakit datangnya dari Allah untuk menguji keimanan hamba-hambanya. Di dalam Al-Quran, Allah menyatakan kepada kita dengan jelas bahawa Dia menguji keimanan Nabi Ayub dengan mendatangkan satu penyakit kulit yang ganjil untuk menguji keimanan beliau. Mengikut sesetengah tafsir, Iblis laknatullah mencabar Allah (s.w.t) untuk menguji keimanan Nabi Ayub dengan kesengsaraan kerana pada pandangan Iblis, Nabi Ayub beriman kerana dia telah dianugerahkan Allah dengan kesihatan yang baik dan rezeki yang banyak. Iblis berhujah sekiranya Allah menjadikannya miskin dan sakit, nescaya Nabi Ayub akan marah dan kufur kepada Allah (s.w.t). Ternyata dakwaan Iblis melesit sama sekali. Keimanan Nabi Ayub menjadi semakin hebat dengan ujian tersebut.

Di dalam Al Quran Allah ada berfirman “Apabila aku sakit, Allah yang menyembuhkan”. Ini adalah dalil yang cukup kuat menunjukkan bahawa Allahlah yang menyembuhkan segala penyakit. Rawatan dan ubat-ubatan yang kita ambil hanyalah sebagai ikhtiar secara zahir yang dituntut oleh Allah untuk kita lakukan. Namun hakikatnya, Allah jualah yang menyembuhkan penyakit kita.

 

3. Mengakui setiap penyakit ada ubatnya melainkan maut.

Nabi Muhammad (s.a.w) ada bersabda yang membawa maksud “Setiap penyakit ada ubatnya” dan “Tetaplah (amalkanlah) kamu dengan habbatus sauda (Nigella Sativa) kerana di dalam terdapat penyembuh bagi segala penyakit kecuali maut”.

Hadith-hadith di atas membawa maksud setiap penyakit boleh dirawat sehingga sembuh, tak kiralah samada ianya HIV, kanser, H1N1 atau apa-apa jenis penyakit sekalipun. Mereka yang berpendapat bahawa penyakit kanser tidak ada penawar sebenarnya tidak berpegang kepada konsep perubatan Islam. Orang-orang yang sebegini akan mudah berputus asa, menyebabkan syaitan-syaitan dengan mudah dapat menguasai mereka. Kehadiran syaitan di dalam tubuh badan mereka akan menyebabkan penyakit mereka akan menjadi bertambah parah.

 

4. Kaedah rawatan dan perubatan mestilah tidak bercanggah dengan hukum-hukum asas Islam (syariat).

Kaedah rawatan penyakit paling biasa diamalkan di kalangan masyarakat tradisional Melayu ialah menyeru semangat-semangat dan ruh-ruh orang yang telah mati bagi memohon menyembuhkan sesuatu penyakit. Kaedah ini amat jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menyuruh kita memohon kesembuhan dari Allah s.w.t. Kaedah lain yang diamalkan, juga bertentangan dengan ajaran Islam ialah merawat penyakit dengan menggunakan pertolongan makhluk halus yang dipanggil dengan pelbagai gelaran seperti orang bunian, jin dan sebagainya.

Juga tidak dikatakan mengikut perundangan Islam apabila ubat-ubatan yang digunakan adalah tidak halal atau halal tetapi tidak baik (syubhah). Ubat-ubatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan seperti dadah tidak mendapat tempat dalam rawatan Islam. Ia boleh digunakan untuk jangka masa pendek atau dalam keadaan darurat sahaja. Umum mengetahui kesan negatif dadah terhadap tubuh manusia amatlah menjengkelkan.

 

Mengapa Manusia Sakit

 

1. Sudut pandangan agama

Manusia sakit dan berpenyakit kerana Allah mahu menguji tahap keimanan mereka. Ujian dalam bentuk penyakit bertujuan untuk menilai tahap keimanan dan keyakinan seseorang kepada Penciptanya. Selain dari itu, Allah menjadikan seseorang itu sakit untuk membersihkan dosa-dosanya dan menaikkan darjatnya di sisi Allah. Ini juga dikenali sebagai kifarah (hukuman) yang mempunyai tujuan baik.

Bagi mereka yang tinggi darjat keimanannya, mereka melihat dan menerima penyakit dengan hati yang lapang dan gembira, kerana mereka yakin yang datang itu adalah rahmat Allah dan bukannya hukuman. Allah telah membukakan hijab pandangan mereka sehingga mereka nampak perkara-perkara yang tersirat yang baik di sebalik penyakit yang mendatang.

 

2. Sudut pandangan zahir

Manusia sakit dan berpenyakit disebabkan oleh kegagalan organ-organ tubuh badan menjalankan tugas mereka dengan betul. Organ-organ tubuh badan boleh gagal berfungsi disebabkan oleh kerosakan yang berlaku pada organ-organ tersebut. Sebagai contoh, seseorang boleh mendapat penyakit kencing manis apabila organ pankreas-nya gagal mengeluarkan insulin.

Kegagalan organ-organ tubuh badan dalam menjalankan fungsi-fungsinya adalah disebabkan oleh faktor-faktor persekitaran dan tabiat (lifestyle) hidup manusia. Keadaan persekitaran yang kotor dan pencemaran udara boleh menyababkan kuman-kuman dan bahan-bahan beracun masuk ke dalam badan kita dengan kuantiti yang banyak pada satu-satu masa, menyebabkan sistem immune tubuh badan kita tidak berupaya menangkisnya. Kuman dan bahan-bahan beracun ini, apabila masuk ke dalam tubuh melalui peredaran darah, akan menyerang organ-organ tubuh dan menyebabkan organ-organ tubuh cedera. Kecederaan ini menyebabkan organ-organ tubuh tidak dapat beroperasi secara optimal. Keadaan ini jika dibiarkan berlarutan berkemungkinan besar akan menyebabkan kecacatan kekal kepada organ dan boleh menyebabkan kematian.

sumber : https://sites.google.com/site/usanapot/konsep-perubatan-islam

Satu peket RM 30 + RM8 postage = RM38.00 sahaja

Dua peket RM 60 + Rm 8 postage = RM68.00 sahaja

4 peket RM 100 + free postage

UNTUK PEMBELIAN BOLEH LAYARI ATAU HUBUNGI :

http://www.wasap.my/60123700352

http://www.tghalmart.com

http://www.shopee.my/zainaad

https://www.lazada.com.my/shop/tahaglobal

AL MANNA = GUM ARABIC / GAM ARAB

Gum Arabic Al Manna Ameer

Apakah itu al-Manna?

di dalam tafsir Ibnu Kathir dicatakan pandangan Ibnu Abbas Radiallahuanhu, menurut satu pandangan Ibnu Abbas Radiallahuanhu al-Manna adalah getah yang keluar dari pokok, dan menurut Mujahid, iaitu seorang Ulamak Tafsir al-Quran yang berguru dengan Saidina Ali Radiallahuanhu dan kemudiannya dengan Ibnu Abbas Radiallahuanhuma, mengatakan bahawa al-Manna yang diturunkan kepada Kaum Bani Israil semasa mereka sesat bersama Nabi Musa a.s. adalah “as-Samghu”. As-Samghu adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud getah yang keluar dari pokok.  

Al-Manna jadi makanan yang berkhasiat bagi kaum Bani Israil, ia ditumbuk untuk dijadikan roti dan dicampur dalam minuman untuk menjadikan air minuman tersebut segar dan berkhasiat. Sebahagian pengkaji meyakini bahawa getah yang keluar dari pokok tersebut adalah Gum Arabic atau getah Arab ini. Tafsiran ini bukanlah satu-satunya pengertian yang dikemukakan, tetapi apabila melihat kepada manfaat dan kebaikannya, tafsiran ini dirasakan  mungkin  menepati  pengertian bahawa As-Samghu atau Gum Arabic ini adalah salah satu daripada al-Manna diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dan kaumnya. 

Dalam satu hadis Rasulullah SAW, Baginda bersabda “Kam’ah itu sebahagian daripada al-Manna dan airnya ubat bagi mata. Ajwa (kurma) dari syurga dan ia penawar bagi racun” (Hadis Sahih riwayat Ibnu Majah. Daripada hadis tersebut dapat difahami bahawa al-Manna yang diturunkan kepada kaum Nabi Musa AS bukan satu sahaja, tetapi adalah beberapa jenis makanan. 

Kita di Malaysia kenali As-Samghu sebagai getah Arab atau gam Arab, dalam bahasa Inggeris ialah dikenali sebagai Gum Arabic dan kadang kala ia juga dikenali sebagai Acacia Gum, Hashab Gum Arabic, Kordofan Gum Arabic dan lain-lain. 


MANFAAT GUM ARABIC @ AL-MANNA

Gum Arabic ada 2 jenis, Acacia Senegal dan Acacia Seyal. Acacia Senegal adalah jenis Gum Arabic yang terbaik berbanding Acacia Seyal. Gum Arabic juga kadangkala dipanggil Gum Acacia. Di anatara dapatan kajian mengenai Gum Arabic adalah:-

  1. The US Food and Drug Administration  (FDA) menyatakan Gum Arabic adalah satu sumber serat yang paling selamat.
  2. Jawatankuasa Bersama Pakar Food and Agriculture Organization (FAO) & World Health Organization (WHO) menyatakan Gum Arabic sebagai bahan tambahan makanan yang amat selamat.
  3. Orang-orang Sudan telah lama makan Gum Arabic tanpa sukatan dan tidak mengalami kesan sampingan yang buruk kepada kesihatan mereka.
  4. Gum Arabic tidak dicerna dalam usus tetapi diperam di dalam kolon dan apendiks, ini menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids), yang membawa kepada pelbagai kebaikan kepada kesihatan, terutama sebagai prebiotik. Prebiotik membekalkan makanan kepada bakteria baik prebiotik, bakteria baik yang bertanggung jawab dalam membebaskan sisa najis, toksin dan lemak berlebihan dari badan. Prebiotik juga mengukuhkan sistem imuniti dan memerangi bakteria berbahaya. Mereka hidup di dalam kolon dan appendik, ia juga sedikit sebanyak beperanan mengurangkan kolestrol dalam darah, sebarang antiagen yang melawan pertumbuhan kanser dalam tisu hidup, anti oksidan dan pendiding kepada keracunan hati dan jantung.
  5. Gum Arabic juga mengurangkan beban kepada buah pinggang dan memberi kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang yang kronik. Bliss et al. (1996)  dalam American Journal of Clinical Nutrition,  melaporkan bahawa pesakit dengan kegagalan buah pinggang kronik yang makan diet rendah protein berserta 50 gram gum arabic sehari mempunyai perkumuhan nitrogen najis yang lebih besar dan urea serum lebih rendah daripada pesakit memakan hanya diet rendah protein sahaja tanpa makan gum arabic, ia menyebabkan uraemia menurun dan dapat mengurangkan kekerapan dialisis, dengan itu meningkatkan kualiti hidup pesakit kegagalan buah pinggang kronik. Kajian oleh Adil Ahmed Ali et. al. (2008) dari Faculty of Medicine, Department of Biochemistry and Nutrition, University of Gezira, Wad Medani, Sudan, ke atas 36 pesakit buah pinggang kronik (chronic renal failure atau CRF) selama 3 bulan membuat kesimpulan bahawa pengambilan gum arabic boleh mengurangkan kesan buruk CRF.
  6. Gum Arabic juga dapat membantu merawat cirit birit ringan.
  7. Kajian oleh Glover et al., (2009) mencadangkan Gum Arabic juga dapat membantu dalam merawat penyakit jantung. Sila dapatkan nasihat doktor anda.
  8. Gum Arabic juga dapat merawat penyakit-penyakit berkaitan saluran gastro usus. Saluran gastro usus adalah kawasan esofagus, perut, usus kecil, kolon, rektum, dan dubur.
  9. Gum Arabic juga dapat merawat masalah buasir.
  10. Kajian menunjukkan pengambilan Gum Arabic selama 30 hari sebanyak 15 gram hingga 30 gram dapat mengurang paras kolestrol dalam darah.
  11. Kajian juga menunjukkan pengambilan yang banyak dapat mengurangkan lemak bagi manusia dan haiwan. Ada pengguna yang dapat menurunkan berat badan dengan pengambilan sebanyak 30-50 gram sehari.
  12. Dr. Isam Siddiq, seorang pakar dalam Gum Arab dan kegunaannya dari Sudan, berkata Gum Arabic adalah bahan prebiotik dan merupakan makanan tambahan yang amat penting untuk menyediakan badan dengan tenaga dan membantu meningkatkan prestasi usus.
  13. Prof. Omaima Mohi-Eddin Sabir, seorang pakar pediatrik, berkata, penyelidikan perubatan dijalankan ke atas Gum Arabic telah membuktikan bahawa ia berkesan dalam rawatan pelbagai penyakit seperti penyakit usus dan lain-lain. Beliau menambah bahawa ia telah terbukti amat berkesan dalam rawatan penyakit kulit sensitif, sembelit, cirit-birit, kekeringan, saraf kolon, kencing manis, oestomalacia kanak-kanak, hiperaktif, kolesterol dan lain-lain.
  14. Hamid Al-Amin, pensyarah di Kolej Kebangsaan Sudan, dalam satu kajian mengenai  perubatan kegunaan Gum Arab, menamakan kelebihan Gum Arabic dalam rawatan lain penyakit seperti selesema dan cirit-birit di beberapa negara Afrika. Beliau juga mengkaji sumbangan Gum Arabic dalam mengurangkan kadar jangkitan penyakit jantung dengan menambah pengambilan serat dan merendahkan kadar kolesterol dalam darah, di samping itu, Gum Arabic juga dapat meningkatkan kecekapan insulin untuk membantu pesakit diabetes. 
  15. Bagi pesakit kencing tidak lawas, sakit saluran kencing dan buasir, minum bancuhan 25 gram Gum Arabic pada waktu malam sebelum tidur dan 25 gram Gum Arabic pada waktu pagi sebelum sarapan, dapat menyembuhkannya dengan izin Allah. 
  16. Minum 25 gram Gum Arabic pada waktu malam sebelum tidur untuk membuang toksin dalam badan dan ia dikatakan dapat menghalang daripada kanser kolon. 
  17. Laman web http://inrfood.com/ingredients/6252 mendakwa ia selamat bagi wanita mengandung (19) (jika dalam jumlah yang sedikit, mungkin maksimanya 1 sudu teh sehari), tetapi langkah meminta nasihat doktor lebih selamat.

UNTUK PEMBELIAN BOLEH LAYARI ATAU HUBUNGI :

http://www.wasap.my/60123700352

http://www.tghalmart.com

http://www.shopee.my/zainaad

https://www.lazada.com.my/shop/tahaglobal/

CARA PENYEDIAAN GUM ARABIC AL MANNA AMEER

CARA PENYEDIAAN

Adakah anda atau keluarga anda menghidapi penyakit seperti berikut;

  • Kencing Manis
  • Darah Tinggi
  • Lemah Jantung
  • Strok
  • Barah
  • Buah Pinggang
  • Batu Karang
  • Gout
  • Mati Pucuk
  • Obesiti
  • Sakit Lutut
  • dan lain-lain 

Insya Allah kami akan cuba untuk membantu anda mengatasi penyakit-penyakit tersebut dengan izin Allah menggunakan produk semulajadi.. 

Yakinlah, hanya Allah yang boleh menyembuhkan setiap penyakit hambaNya, kita perlu berusaha untuk mencari penawar dan bertawakal..  Berusaha adalah satu tuntutan dan insya Allah ada pahala disisiNya..

Fakta Nutrisi

* Tiada bahan pengawet, pewarna atau perasa tiruan

Cara Penyediaan

  • Masukkan dos yang dicadangkan ke dalam gelas bersih (1 sudu kecil = 5g)
  • Masukkan air kosong (suhu bilik) secukupnya (setiap 5g = 125ml air)
  • Kacau sehingga sebati dan minum.
  • Boleh juga digunakan shaker.
  • Serbuk Al Manna akan larut sepenuhnya dalam air jika dibiarkan untuk beberapa ketika.
  • Ia tidak mempunyai apa-apa rasa khusus.
  • Larutan air Al Manna boleh dicampur dengan air jus atau air berperisa.
  • Serbuk Al Manna juga boleh di campur dengan sebuk susu/coklat dan digaul sebati sebelum dituang air suam. 

Masa Pengambilan

  •  Waktu pagi semasa perut masih kosong, sebaik-baiknya 2 jam sebelum sarapan. Jika mahu berpuasa, minum semasa sahur.
  • Waktu malam sebelum tidur. 

Dos Campuran

secara umumnya, dos untuk Al Manna dan Tayebat adalah seperti berikut;

  •  1 tahun – 10 tahun = 1 sudu kecil (5gram)
  • 10 tahun – 17 tahun = 2 sudu kecil (10gram)
  • 17 tahun – 70 tahun = 3 sudu kecil (15gram)
  • lebih dari 70 tahun = 1 sudu kecil (5gram)

* Setiap pembelian produk Al Manna dan Tayebat akan disertakan arahan pengambilan dan cara penggunaan.

* Berdasarkan kepada kajian yang dibuat oleh pakar, tiada kesan sampingan bagi produk ini jika diambil berlebihan.

* Sila patuh nasihat doktor anda. Jangan berhenti makan ubat-ubatan yang diarahkan oleh doktor kecuali atas nasihat doktor.

wasap.my/60123700352 u

PENGARUH PROBIOTIK KEPADA SISTEM IMUN

Bagaimanakah probiotik berfungsi, dan seterusnya memberi kesan yang baik kepada kesihatan?

Probiotik yang dikenali sebagai bakteria baik memegang peranan luar biasa kepada tubuh. Berjumlah sekitar satu juta hingga satu trilion, probiotik menghasilkan antibodi semulajadi bagi menjaga keutuhan dinding usus, proses metabolisme dan meningkatkan kekebalan tubuh.

Hampir 80% daripada probiotik berada di dalam saluran pencernaan. Di dalam usus besar, probiotik mencerna serat makanan larut air melalui proses fermentasi menjadi asid lemak rantai pendek, seperti asid butirik, propionate dan asetat. Asid butirik adalah makanan utama sel-sel normal usus kecil dan menghalang pertumbuhan sel-sel abnormal seperti sel kanser.

Asid butirik menurukan kadar kolesterol dalam darah dengan cara mengurangkan pengeluarannya dan juga mengalihkan perjalanannya dari darah ke hati. Proses kimia organik asid hempedu berlaku. Penyerapan asid hempedu juga terganggu dan banyak terbuang melalui najis. Akibatnya, lebih banyak kolesterol yang digunakan bagi menghasilkan asid hempedu.

Pertumbuhan bakteria probiotik yang menyihatkan mampu menghalang pertumbuhan bakteria tidak baik dalam usus, sehingga daya tahan usus meningkat. Probiotik juga mengurangkan radang dan kerosakan selaput lendir usus. Hal ini dapat membaikkan penyakit penyakit gatal kulit yang dialami oleh kanak-kanak..

sumber dari : buku Rahsia Tentera Imun, Dr. Tauhid Nur Azhar (2014)

Walaubagaimanapun, probiotik boleh berkurangan atas faktor pemakanan tidak seimbang, penuaan, tekanan dan pengambilan antibiotik yang berlebihan.. 

Akibat pengurangan probiotik akan menyebabkan proses pencernaan akan terganggu dan sistem kekebalan badan dalam melawan penyakit tidak dapat berfungsi secara optimum..   

Sabda Rasulullah SAW: 

“Perut manusia itu tempat segala penyakit manakala pencegahan itu kunci segala perubatan” (riwayat Al Dailami)

Maka benarlah bahawa SETIAP PENYAKIT ITU BERPUNCA DARI PERUT.. Bagi mencegah perkara ini, kita perlulah menjaga sistem pencernaan sebaiknya..

Bagi memastikan bakteria baik probiotik dapat bekerja untuk menjaga sistem pencernaan kita, prebiotik diperlukan sebagai MAKANAN untuk probiotik..

Gum Arabic (Al Manna dan Tayebat) telah terbukti sebagai prebiotik semulajadi yang terbaik dan telah lama diketahui berdasarkan kepada;

  • Al- Quran (Baqarah 57 ; Wa’qiah 29)
  • Injil (Exodus 16)
  • Taurat (Devarim 8, Exodus 16)

Al Manna dan Tayebat merupakan serat asli yang larut 100% salam air/soluble fibre dan insya Allah dapat membantu perkara berikut:

  1. Meningkatkan bilangan bakteria baik, menghindar dan menyingkirkan bakteria jahat dalam usus.
  2. Melancarkan sistem penghadaman dan menyahtoksid dalam badan.
  3. Menambah imunisasi/daya tahan badan terhadap pernyakit.
  4. Menghasilkan ‘short chain fatty acids’ yang membantu meningkatkan penghasilan tenaga.
  5. Menurunkan kadar kolestrol dan kolestrol low density lipoprotein (LDL) dalam badan.
  6. Menurunkan tekanan darah tinggi
  7. Memperbaiki kualiti hidup pesakit buah pinggang dan menurunkan kadar gula dalam darah bagi pesakit diabetes.
  8. Mengurangkan tindak balas autoimmune untuk pesakit asma dan ekzema (penyakit kulit)
  9. Melegakan penyakit gout dan sendi
  10. Menurunkan berat badan melalui pengeluaran hormon “leptin”.
  11. Mengurangkan masalah prostat, radang usus dan kanser.
  12. Meningkatkan kesihatan secara umum.  

8 Khasiat Arabic Gum

Pengenalan

Arabic Gum merupakan sejenis getah yang keluar dari pokok Acacia senegal dan Acacia sayel berbentuk kristal yang banyak terdapat di negara Sudan. Secara kimianya, Arabic Gum Gum merupakan rantaian kompleks polisakarida dengan rantaian bercabang mengandungi campuran glikoprotein, kalsium, magnesium dan garam kalium asid polisakaridik.

Acasia senegal adalah jenis Arabic Gum yang terbaik dan biasanya digunakan untuk makanan tambahan kesihatan dan dalam industri-industri pemakanan dan perubatan. Manakala Acacia seyal pula biasanya digunakan untuk industri.

arabic gum

Ada juga pendapat yang mengatakan terdapat tafsir Al Quran mengaitkan Al Manna yang disebut dalam surah Al Baqarah ayat 57 merupakan Arabic Gum.

Sebahagian pengkaji meyakini bahawa getah yang keluar dari pokok tersebut adalah Arabic Gum. Tafsiran ini bukanlah satu-satunya pengertian yang dikemukakan, tetapi apabila melihat kepada manfaat dan kebaikannya, tafsiran ini dirasakan mungkin menepati pengertian bahawa Arabic Gum ini adalah salah satu daripada al-Manna diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dan kaumnya.

8 Khasiat Arabic Gum Untuk Kesihatan

gam arab

Arabic Gum banyak khasiat untuk kesihatan anda. Ia juga sesuai dijadikan makanan tambahan atau snek harian anda. Antara khasiatnya ialah:

1) Melegakan Kesakitan Dan Kerengsaan

Arabic Gum mempunyai tekstur yang melekit. Bahan yang melekit sering digunakan untuk mengurangkan kerengsaan dan keradangan. Arabic Gum telah terbukti berkesan terutama dalam meredakan ketidakselesaan perut atau tekak.

Menurut Ali et al. pada tahun 2013, kajian ke atas tikus makmal yang diberikan minum air yang mengandungi Arabic Gum selama 4 minggu, menunjukkan peningkatan kualiti antioksidan dalam melawan keradangan yang dialami tikus mereka.

2) Menyembuh Luka

Arabic Gum sering digunakan dalam rawatan untuk menyembuhkan luka. Pengamal perubatan percaya bahawa kesan ini mungkin disebabkan oleh beberapa bahan kimianya, seperti alkaloid, glikosida, dan flavonoid.

Dalam satu kajian tahun 2013 di UAE, arabic gum diuji pada tikus sebagai sebahagian daripada rawatan penyembuhan luka. Hasil menunjukkan penyembuhan luka lebih cepat daripada rawatan standard.

3) Kesihatan Mulut

Ekstrak Arabic Gum boleh digunakan dalam produk pergigian seperti cuci mulut untuk mencegah gingivitis atau keradangan gusi.

Kajian yang lebih lama dari tahun 1999 menunjukkan bahawa serbuk gigi herba yang dicampur serbuk al-manna membersihkan dengan lebih dua pertiga daripada plak gigi, dan hampir 100 peratus dalam beberapa kes.

Laporan oleh penyelidik bernama Noura Salih pada tahun 2018 menyatakan bahawa kandungan mineral dalam Arabic Gum membantu dalam proses penghasilan mineral pada gigi untuk menjadikan gigi yang lebih kuat.

4) Sumber Serat yang Baik

Arabic Gum mengandungi serat pemakanan larut air (WSDF) yang bukan hanya serat yang baik untuk diet anda tetapi juga membantu merendahkan tahap kolesterol anda.

Satu kajian menunjukkan bahawa pengambilan 15 gram Arabic Gum dalam bentuk cecair setiap hari membantu mengurangkan kolesterol dalam darah. Walaupun diterbitkan pada tahun 1992, namun kajian ini paling komprehensif menunjukkan kesan Arabic Gum terhadap kolesterol dalam darah.

Serat pemakanan larut air juga boleh membantu anda mengekalkan berat badan yang sihat dan baik untuk kesihatan kardiovaskular. FDA juga turut mengiktiraf Arabic Gum sebagai sumber serat yang baik dalam banyak makanan popular, termasuk bijirin, jus, dan yogurt.

5) Melegakan Batuk dan Sakit Tekak

Disebabkan Arabic Gum berfungsi mengurangkan kerengsaan dan keradangan, jadi ia juga boleh membantu mengawal batuk. Ciri-ciri Arabic Gum membolehkan ia digunakan untuk melindungi lendir di kerongkong anda daripada kerengsaan.

Menggunakan al-manna untuk batuk boleh mengekalkan kerongkong anda menjadi sakit serta melegakan atau mencegah kehilangan suara.

6) Mengehadkan kehilangan darah

Arabic Gum juga boleh digunakan untuk membantu menghentikan aliran darah pada luka. Tuang cairan Arabic Gum pada luka, ia boleh membantu menghentikan pendarahan dan membasmi bakteria pada luka tersebut.

Pada tahun 2017, pengkaji bersama dari Turki dan Pakistan menghasilkan mikrogel daripada Arabic Gum. Mereka berjaya meningkatkan indeks pembekuan darah pada luka yang diletakkan mikrogel ini.

Selain itu, mikrogel tersebut turut menunjukkan kesan antibakteria yang baik sekaligus mempercepatkan lagi proses penyembuhan luka.

7) Kesihatan Usus

Arabic Gum dianggap sebagai prebiotik yang sangat bagus. Banyak kajian yang dilakukan menyokong perkara ini. Antaranya kajian yang diterbitkan oleh Br. Jour. Nutrition Mac 2008, mereka membandingkan Arabic Gum dan inulin  sebagai prebiotik.

Kajian klinikal ke atas manusia yang diberi 10mg arabic gum dan 10g inulin setiap hari selama 4 minggu. Hasil menunjukkan, pertambahan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacili termasuk Bacteroides dalam najis lebih tinggi dalam sampel Arabic Gum berbanding inulin.

8) Rawatan Alternatif Diabetes

Arabic Gum dipercayai dapat membantu menurunkan paras kreatinin dan gula dalam darah untuk pesakit buah pinggang dan diabetes. Malah, ia bagus diamalkan oleh setiap pesakit diabetes kerana punca kerosakan buah pinggang adalah disebabkan oleh diabetes.

Dipercayai dengan mengamalkan pengambilan al-manna pada peringkat awal diabetes, ia dapat mengawal, melambatkan dan juga mengurangkan tahap kerosakan buah pinggang bagi pesakit diabetes.

Selain itu, penyakit diabetes sering berkaitan dengan masalah kualiti sperma air mani bagi pesakit lelaki. Kajian oleh penyelidik bersama dari Sudan dan China pada tahun 2016 mendapati bahawa pengambilan Arabic Gum selama 10 minggu oleh tikus yang diabetik menunjukkan peningkatan kualiti sperma.

Keupayaan antioksidan Arabic Gum dipercayai berkesan dalam mengurangkan risiko komplikasi akibat diabetes.

Kesimpulan

Arabic Gum kaya dengan serat dan terkenal dengan sifat prebiotiknya. Ia sesuai dijadikan makanan tambahan bagi pesakit diabetes dan paras kolesterol yang tinggi. Namun, ia juga boleh dijadikan snek harian untuk kekalkan tahap kesihatan kerana khasiatnya yang banyak.

Walau bagaimanapun, bagi pesakit kronik, sebelum anda mengamalkan Arabic Gum sebagai rawatan alternatif anda, anda seharusnya berbincang dan merujuk kepada doktor anda.

Create your website with WordPress.com
Get started