JENIS JENIS ARABIC GUM

Kisah usahawan Gum Arabic Ameer

LAB TESTS MEMBUKTIKAN SEGALA-GALANYA! Tahu tak apa yang lebih saya takut berbanding virus covid-19? Ianya adalah FITNAH yang berlegar-legar kata serbuk al manna ameer (arabic gum) ada campuran bahan bahan terlarang. Sehingga saya sedar, bila saya cuba buat diri lebih takut kepada dosa fitnah & takut kepada kemurkaan Allah, saya dah tak takut kepada fitnah yang dibuat oleh mereka.

Dulu, orang Malaysia nak amal arabic gum sangat susah, kena kirim kat orang pergi Mekah untuk pulang bawa balik. Saya ingat lagi masa saya mula-mula buat masuk arabic gum tahun 2014-2015 macam tu dalam bentuk ketul-ketul direct import dari Sudan ke Malaysia. Masa tu zaman kilang kat sana pun tak pandang saya lagi dan saya dengan kekurangan modalnya nak ship arabic gum tak sampai half of 20 feet container, memang depa tak bagi lah hahaa. Saya masih simpan lagi bukti conversation saya dengan kilang (tengok gambar) memang boleh menitik air mata bila ingatkan balik bagaimana saya bermula, mula dengan kosong pada titik paling bawah, seminimum moq.20 feet container tu besar tau, nak load masuk kena ada modal 6 angka! masa tu saya ada rm3000 je, saya ikhtiar cara lain.. mulakan dengan kuantiti kecil dulu, tahun demi tahun sampai lah saya berjaya proceed order untuk load container tu, lepas alhamdulillah! Zaman saya berjaya angkut sebanyak moq container yang ditetapkan tu, arabic gum al manna dah mulai viral kat Malaysia, rasanya start pertengahan 2015 hingga peak hujung 2017 sehinggalah kini orang dah mulai kenal apa itu al manna ameer, apa itu arabic gum. Masa tu saya umur 22 dan masih menuntut di universiti, pergi kuliah macam pelajar biasa, submit tutorial dan buat assignment macam pelajar yang lain. Hujung minggu pecut ke sana ke sini pos barang stokis dan agent, penat tapi saya suka sebab dapat sebarkan kebaikan & manfaat al manna ameer kat semua, saya nak mereka rasa kesan positifnya.

Mari kita faham betul-betul tentang arabic gum dan evolusi kemajuan pemprosesannya. In short saya simpulkan arabic gum ada 5 jenis:

Ketulan Arabic Gum = sangat murah, terpaksa rendam semalaman sebelum minum, kurang hygiene, kotor, risiko jangkitan kuman salmonella & e.coli, gred arabic gum mungkin bercampur-campur.

Serbuk Arabic Gum tak larut & ada campuran = sangat murah tapi mahal sedikit berbanding ketulan arabic gum, terpaksa rendam berjam sebelum minum, agak bersih dari luaran tetapi kurang hygiene kerana arabic gum ketulan tadi terus dikisar, ada risiko jangkitan kuman salmonella & e.coli sebab diproses secara kisar biasa, gred & spesis arabic gum mungkin bercampur-campur, % arabic gum berkurang untuk kurangkan kos produk. Digunakan dalam industri pembuatan cat, textile dan kosmetik kerana sifat emulsifiernya.

Serbuk Arabic Gum larut & ada campuran = murah tapi mahal sedikit berbanding ketulan arabic gum, tak perlu rendam lama sebelum minum, agak bersih & lebih hygiene kerana arabic gum ketulan tadi diproses dengan mesin khas spray-dried menyebabkan tiada risiko jangkitan kuman salmonella & e.coli namun ada risiko prebiotic effect & khasiat arabic gum terjejas, gred arabic gum juga mungkin bercampur-campur, % arabic gum berkurang untuk kurangkan kos produk.

Serbuk Arabic Gum tak larut & tiada campuran = murah tetapi mahal sedikit berbanding ketulan arabic gum, terpaksa rendam berjam sebelum minum, agak bersih dari luaran tetapi kurang hygiene kerana arabic gum ketulan tadi terus dikisar, ada risiko jangkitan kuman salmonella & e.coli sebab diproses secara tradisional tidak menggunakan teknologi tinggi, gred arabic gum mungkin bercampur-campur. Digunakan dalam industri pembuatan cat, textile dan kosmetik kerana sifat emulsifiernya.

Serbuk Arabic Gum larut & tiada campuran (Serbuk Al Manna Ameer) = mahal tapi masih mampu milikUntuk arabic gum campuran, biasanya ia dicampur dengan filler seperti maltodextrin, creamer dan lain-lain untuk mengurangkan % arabic gum asli.

Kat Sudan, kilang di sana berpusu pusu melakukan inovasi dari tahun ke tahun terhadap solubility arabic gum keluaran kilang masing-masing TANPA MENJEJASKAN PREBIOTIC EFFECT yang terdapat dalam Arabic Gum.Ini juga untuk meningkatkan kos upah pekerja di sana, bayangkan jika arabic gum dijual secara mentah dari ladang, ianya hanya laku contoh pada harga sekitar 5USD/kg sahaja tapi jika di tambah nilai melalui cara pemprosesan, grade, solubility, texture, hygiene, kos kawalan risiko jangkitan kuman dan lain-lain, ianya boleh mencanak sampai 30USD/kg.Bila masuk Malaysia, tambah duti import, kos logistik, dokumentasi dan lain-lain, harganya masih lagi mampu milik kerana ianya 100% semulajadi. Alhamdulillah saya berjaya mohon untuk mereka proses serbuk al manna ameer KHAS menggunakan teknologi terkini (2020), “water-technology” iaitu teknologi water-soluble untuk meningkatkan lagi nilai 100% serbuk arabic gum asli berkualiti tinggi. Anda nak amal yang mana? Jujur saya cakap, selagi ada kandungan arabic gum dalam apa apa makanan dan minuman kita walaupun hanya sedikit, prebiotiknya masih lagi ada contohnya kalau anda tengok supplement mahal-mahal ada terselit arabic gum di situ bersama kandungan lain, walaupun % hanya 10%. Jangan terkujat, supplement mahal pun ada dicampur filler seperti gula, perisa, pewarna, maltodextrin, creamer dan etc tau!Kenapa perlu bayar supplement mahal ribu riban sedangkan dengan hanya RM30 anda boleh dapatkan serat fiber prebiotik dalam sepaket serbuk al manna ameer (arabic gum) untuk sihatkan dinding usus anda 😄Jika nak rasa 100% arabic gum asli processed with superior technology, superior grade and afterall having superior quality, serbuk al manna ameer lah jawapannya 😍.Jika tidak berkesan & tidak berpuas hati, HQ akan pulangkan wang anda tau.

Dari meja Ameer Al Manna

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: